Khamis, 7 Mac 2013
"Apa yang kau menungkan Jidin ! " sergah rakanku dengan menepuk kuat belakangku .. "eh ! masa bila aku termenung ? aku cuma berangan je .." gurauku pula sambil cuba berlakon tidak tahu apa-apa .. 'ish. kau ni kan dah kantoi . kalau nak termenung pun , janganlah time ni' bisik hatiku . "Eh , Siti aku nak keluar jap.. ada hal mustahak" pintaku ingin berlalu .. "hmm,, baiklah Jidin hati-hati bawak motor tu.. kau nie Jidin sayang betullah . rupa kau cantik , pelajaran kau bagus. tapi sayang kenapa kau berperwatakan seperti lelaki ? dengan baju kau yang tiada sifat keperempuanan langsung . rambut kau tu .. cuba lepaskan . sampai bila kau nak ikat dan sorokkan dalam topi.. barulah cantik .. eh ! Assigment ko dah siap belum ? nanti membebel pulak pensyarah nanti " balas rakannku cuba ingin memanjangkan bicara.. "ala biarlah yang penting aku suka dan selesa dengan penampilan aku.. assigment tu aku buat esok jelah" balasku dengas pantas berlalu.. Beberapa minit berlalu aku pun sudah tiba ke destinasi yang aku tuju .. "huh! segar betul udara kat sini .. air tasik pun jernih .." ucapku sambil meniup udara segar .. aku berpaling ingin mencari tempat untuk aku berteduh .. aku terlihat sesorang lelaki yang amat aku kenal .. 'tak mungkin dia Najid' hatiku menepis ..
Aku ingat lagi masa umur aku 15 tahun .. aku meminati seorang lelaki yang merupakan senior aku sendiri .. dia berumur 17 tahun .. walaupun perwatakan aku agak kasar tapi perasaan aku sama sahaja seperti perempuan lain .. setiap hari aku mengekorinya tanpa dia sedari .. aku selalu mengintip pergerakannya .. sampai ada satu tahap aku pernah ditahan disiplin kerana ponteng kelas hanya ingin melihat dia bersukan.. jika difikirkan balik .. sehingga kini perasaan aku terhadapnya tak pernah luntur sama sekali.. walaupun aku sudah lama tidak melihatnya setelah dia selesai menjawab SPM .. aku tetap ingat akan wajahnya.. tapi itu masa sudah pantas berlalu ,, kini aku pun sudah meningkat usia dan matang .. aku tidak mahu memikirkan hubungan aku dengan dia terlalu serius ..dia tidak pernah mengenali aku .. aku hanya menyukainya dalam diam. lagipun dia seorang yang agak terkenal.. ramai gadis-gadis tergilakan dia .. kalau dia tahu aku menyukainya sekalipun , dia mungin tidak akan menerima aku kerana siapalah aku dimatanya..
"Eh ! betul tu memang Najid!" bibirku brbicara .. aku hanya mampu memerhatikan dia berjalan dan berlalu pergi .. hampa sungguh hatiku .. keesokan harinya aku kembali ke kolej setelah cuti semester tamat.. aku ke kolej dengan ceria sehingga aku tidak tahu sebabnya ,, mungkin aku bahagia setelah sekian lama tidak menatap wajahnya yang aku rindui sudah terubat .. "hari ini saya ingin memperkenalkan student baru .. yang baru sahaja berpindah semalam ke sini ,, Najid" ucap Puan Rosmah merupakan pensyarah yang paling digeruni di kolej .. 'hah ! Najid ! biar betul' hatiku keriangan.. " saya Muhammad Najid bin bakar.. panggil saya Najid sahaja.. " Najid memperkenalkan dirinya kepada semua .. "waahh , hensem betul kan dia . mesti dah ada awek nie" kata suraya ,merupakan rakan sekolej ku yang paling aku menyampah.. aku bertekad di dalam hatiku , aku ingin menjadi sahabat baik Najid kerana aku tahu aku tidak layak untuk dicintai olehnya..
Petang itu .. aku mengekorinya dari kelas sehinnga ke te tempat letak kereta.. "Najid" aku mula bersuara sebaik sahaja melihatnya melangkah ke arah kereta nya.. "ya.." balasnya ringkas.. "Nama aku Jidin .. kita ambil bidang yang sama.. dan bilik kuliah yang sama.. jadi , selamat berkenalan" sapaku terlebih dahulu .. "oww .. yeke. selamat berkenalan juga.." sambil mengukir senyuman dan menghulurkan tangan sebagai tanda perkenalan.. tanpa lengah aku pun membalasnya.. "Najid.. apa kata kalau aku jadi BFF kau di kolej ni . memandangkan kau nie budak baru .. mungkin kau susah nak bermesra-mesra dengan tempat nie" cadangku tanpa malu.. "hmm.. boleh juga.. lagipun saya tiada kawan lagi disini" balasnya menggunakan ayat baku .. "tak payah lah bersaya awak dengan aku .. kau anggap je kita nie membe baik .. bercakap tak payah formal ok?" cadangku lagi.. "ok baiklah.." setelah itu .. aku dan dia bercadang untuk singgah minum di kedai mamak kegemaranku .. "KEDAI MAMAK TARAK KENA ! " aku bersuara dengan kuat.. dia hanya tergelak melihat aksi aku yang memusingkan jari dan kepala seperti iklan di dalam televisyen ..
Sudah tiga bulan aku berkawan baik dengan Najid .. dan semenjak itulah aku memerhatikan sikap dia mula berubah .. dia sudah tidak seperti dulu yang pemalu dan susah bergaul .. 'mungkin dia budak baru kot' berbicara dalam hati .. kini , dia ibarat lelaki yang buaya .. pantang nampak perempuan dahi licin semua dihendaknya .. "maklumlah lelaki tampan .. semua akan tergoda.. sedangkan aku pun boleh suka..puiihh" bisik aku tanpa sesipa mendengarinya.. "Jidin ! puas aku cari kau .. kat tempat biasa pun kau tak de.. kat sini rupanya kau.. weh ?! aku nak kau tolong aku nie.. pikatkan aku sorang awek baru tu .. cun siot !" Najid menerpa aku dengan pelbagai pertanyaan .. "awek mana lagi .. ? dah-dah lah Najid woii.. kau nie berapa banyak awek kau nak sebenarnya ..? balasku sakit hati yang cuba tahan perasaan cemburu .. "ala.. ni betul-betul lah .. aku tak nak main-main dah lepas nie .. lepas aku dapat dia . aku nak series.. aku malas nak cari lain.." jawabnya .. aku hanya memuncungkan bibir aku tanda jelek dengan jawapannya.. lantas dia pun menarik bibir aku dan topiku terjatuh ke lantai.. "haha ,, kan dah kena .. masih lagi nak muncung-mungcung bibir dengan aku .. eh ! tak sangka pulak rambut kau ni panjang.. tak sangka spesis kau nie ade hati rambut panjang .. eh sekejap ! cabut getah rambut kau tu .. gila ! kau nie cun gak kan jadi pompuan.. haha .. kenapalah kau nie,, dah2 elok rupa ada , muka comel , putih gebu gini .. nak jadi lelaki.. pelik pelik.." katanya dengan panjang lebar.. "ishh .. meh sini topi dengan getah rambut aku tu .. suka hati je main tarik-marik rambut orang .. kau ingat rambut aku nie ape? " balasku sambil tahan gelak .. dia tergelak sepuasnya tanpa menghiraukan orang ramai memandangnya..
Seminggu selepas itu .. aku berjaya pikat gadis itu untuk Najid .. walaupun hati aku sakit dan cemburu.. aku cuba menepis perasaan itu .. kerana aku tahu aku tidak layak .. dan setelah itulah aku kurang meluangkan masa dengannya.. dia pula tidak habis bersama dengan teman wanita barunya itu .. dua minggu kemudian muncul kelibat Najid dan menyapa aku "Jidin ... aku nak bincang sesuatu dengan kau nie.." . "apa dia ..? eh .. asal lama kau tak jumpa aku hah ? sibuk date ye.. " balasku cuba menahan rasa rindu.. "Jidin mulai hari ni aku tak boleh lagi berkawan dengan kau .. Amira . dia tak suka aku berkawan dengan kau.. lagipun bulan depan aku dengan dia pun nak bertunang.." belum sempat dia menghabiskan bicara aku mencantasnya.."kenapa dia tak suka ? dia cemburu aku kawan dengan kau ? apa masalahnya dia tuh.. habis tu kau nak putus kawan dengan aku sebab perempuan tu lah..dia ingat dia tu siapa ?.. balasku berseloroh tanpa menghiraukan mimik muka Najid "kau jangan nak kutuk dia Jidin..kau sedarlah kau tu siapa .. kau dengan dia ibarat langit dan bumi.. ibarat pipit dengan enggan kau tahu.. dah lah perangai kau macam jantan, tak pandai bergaya kau jangan nak hina dia .." belum sempat Najid meneruskan lagi bicara aku mencantas sekali lagi.. "dah ! aku tak nak dengar lagi kau kata aku macam tu ,, sampai hati kau hina aku sebab nak backup Amira tu .. ok lah ! kau nak putus sahabat sangat kan .. ok fine ! aku benci kau ...!" kata kata terakhir aku dan pantas berlalu meninggalkan dia dengan linangan air mata yang tidak henti-henti mengalir deras seperti air sungai ..
Setelah tamat pengajianku lebih enam bulan dahulu .. aku mengambil keputusan untuk bekerja di sebuah Syarikat terkemuka di Kuala Lumpur .. aku bekerja di syarikat tersebut sebagai pengarah urusan..aku bekerja lebih kurang tiga bulan.. kini penampilan aku sudah berubah .. aku tidak lagi berpakaian seperti lelaki . aku selalu berbaju kurung serta memakai blaus dan skirt labuh seperti kebanyakan para wanita mengenakkannya.. pakaian ini juga menjadi fesyen kini .. "alamak ! minyak wangi aku habis lah" aku bebel sendirian sambil tergopoh-gapah bersiap keluar .."eh ! kau nak kemana Jihah?"balas rakan serumahku dengan hairan .. ya.. namaku sebenar ialah Nur Najihah .. aku sengaja menyuruh rakan-rakanku dahula memanggil aku Jidin kerana aku rasa nama itu amat mesra dengan aku .."aku nak ke shopping mall beli minyak wangi aku" balasku dengan pantas berlari ke arah kereta ku yang comel itu .. kini aku tidak pakai motor lagi.. hehe..
Semasa asyik meneliti minyak wangi yang pelbagai jenis dengan tidak semena aku telah ditegur oleh seseorang yang merupakan peminat setia aku pada masa aku di sekolah menengah dahulu .. Rokmal itulah namanya.. "hai cik adik ! dah comel nampak sekarang nie ... dulu hensem sekarang sudah cantik" tegur Rokmal sambil tergelak kecil .. aku berpaling ke arah suara itu dan berkata " eh ! Rokmal ! dah lama tak jumpa kau .. kau buat apa kat sini .. ?".. "eh ! aku datang kat shopping mall nie niat aku sebenarnya nak berenang .. kau nie apalah .. aku datang nie mesti lah nak shopping gak ..." balasnye dengan girang ..
Selepas dari pertemuan aku dengan Rokmal .. hubungan aku dan dia semakin rapat .. aku dapat merasakan perubahan drastik terhadap rokmal. semasa di bangku persekolahan dia merupakan seorang lelaki yang agak segak,nakal dan menjengkelkan ,, tetapi kini dia bukan rokmal yang aku kenal dahulu .. dia kini matang dan berjaya menjadi seorang usahawan dan mempunyai syarikat tersendiri.. aku amat menyukai dengan perubahannya sekarang .. walaupun aku menyukai perubahannya tetapi hatiku telah tertutup dan sukar untuk menerima cinta yang baru dek kerana penahan cinta Najid .. puiih!.. setelah dari itu,, Rokmal banyak memberi tanda-tanda bahawa dia menyukaiku..aku buat tidak tahu sahaja..dua bulan selepas itu , rokmal mengajak aku keluar makan malam bersama nya .. dengan alasan dia tidak mahu makan berseorangan dan mahu aku menemaninya.. aku pun menerima ajakan tersebut.. semasa aku menunggu hidangan yang aku dan dia pesan sampai.. dengan tidak semena-mena lampu restoren itu terpadam .. aku terkejut .. pelayan restoren tersebut menyalakan api di lilin dimana meja yang kami duduk.. "Nur Najihah binti Malik .. sudikah engkau menjadi yang halal buatku ?".. dia melafaz kata-kata yang sukar untuk aku membalasnya 'err.. apa yang aku nak cakap nie.. aku tak boleh lah rokmal.. aku hanya anggap ko sahabat tak lebih dari tu.. tapi apa alasan aku nie..'bisikku cuba mencari alasan .. "Jihah.." ucapnya cuba mencari kepastian .. "hmm..rokmal .. aku simpan dulu cincin ni.. kalau aku terima .. nanti kau akan tengok aku pakai pada jari aku .. kalau aku tak terima .. aku akan pulangkan cincin nie kepada kau balik .. aku perlukan masa untuk aku fikir boleh..?" balasku dengan nada lembut cuba memujuk .. " tak apa .. aku bukan memaksa.. baguslah kalau macam tu .. " balasnya sambil tersenyum memahami..
Sudah dua minggu aku tidak melihat kelibat Rokmal setelah kes lamaran hari tu .. 'takkan lah dia merajuk.. ishh ! apalah aku fikir nie' .. aku mengambil keputusan ingin ke pejabatnya untuk berjumpa dengannya.. tapi malang sungguh nasibku .. menurut informasi yang aku terima dari pembantu peribadinya.. bahawa sudah dua minggu rokmal tidak datang ke pejabat bekerja .. dan dia mendengar khabar yang rokmal tidak sihat ,, dengan tindakan yang cepat .. aku ke rumahnya ingin mengetahui 'hal sebenar misteri kehilangan rokmal ini.. cehhh' .. setibanya di rumah rokmal .. aku disambut oleh pembantu rumahnya dan pembantu rumahnya mempelawa aku duduk di sofa di halaman ruang tamu .. 'wahh .. besarnya rumah rokmal nie.. maklumlah orang kaya' hatiku berkata .. "kamu Jihah kan ?"sapa ibu rokmal .."ya.. saya jihah" jawab ku dengan senyuman yang mesra .. "baguslah kamu kemari .. aunty tak tahu lagi nak buat macam mana lagi dah.." balas ibu rokmal sambil teresak-esak seperti ingin menangis lantas memelukku.. "kenapa aunty?" balasku cuba ingin mengetahui dan menepuk lembut bahunya cuba ingin menenangkannya.. "Rokmal.. penyakit barah otak dia semakin teruk .. dia mungkin tak hidup lama " .. balas aunty dengan perasaan gusar.. "hah ! betul ke apa yang aunty cakap nie? rokmal menghidapi barah otak?" balasku seperti tidak percaya .. "ya.. dia minta aunty rahsiakan perkara ni kepada kamu ,, tapi aunty rasa kamu patut tahu .. dia tak nak kamu menerima lamarannya sebab kamu rasa kasihan kepadanya.. sebab tu dia menjauhkan diri dia.. setiap saat di bibirnya asyik menyebut nama kamu je jihah.. dia betul-betul sayangkan kamu .. tolonglah dengar rayuan aunty nie .. aunty tau kamu tak mencintainya .. tapi tolong terima lamarannya dan bahagiakan dia sementara sempat nie.." pinta aunty dengan penuh harapan.. aku tidak ada pilihan .. aku harus menerima lamaran rokmal.. walaupun aku tak bersedia membuka hatiku untuk mana-mana lelaki .. tapi aku harus cuba .. "baiklah aunty.. saya sudi jadi isteri rokmal dan saya janji saya akan membahagiakan dia " balasku cuba mennyakinkan hati aunty dan diriku sendiri..
Aku mencari cincin di dalam beg tangan aku dan lantas menyarungkannya ke jari manisku.. 'huh.. dan dan je muat dengan jari aku' bisik hati aku.. aku terus menuju ke kamar rokmal ..aku menguak pintu kamar tersebut dan melihat keadaan rokmal yang terbaring kaku .. aku menghampirinya., wajahnya sungguh pucat .. aku berjanji di dalam hatiku .. aku akan menjaganya dengan baik.. lantas aku cuba melabuhkan punggungku di kerusi di tepi katilnya.. tiba-tiba tanganku disentuh .. aku terkejut bila mendapati yang menyentuh tangganku itu rokmal .. "err.. cincin nie,,, awak terima saya ke?" tanyanya sambil terbatuk-batuk.. lantas aku membalas pegangan tanganya sambil mengangguk. dia hanya tersenyum dan menggucap terima kasih ..
Seminggu kemudian aku bersama dengan rokmal ke kedai butik pengantin untuk menempah baju pengantin kami.. "err.. awak.. saya nak ke tandas lah .. dah tak tahan nak tut tut..." aku berbisik di telinganya.. "hehe,, apalah sayang saya nie , ok lah .. take care ya .." balasnya dengan senyuman .. aku lantas keluar dari butik tersebut dan mencari bilik air .. selepas selesai melepaskan hajat .. aku berjalan kembali ke butik tersebut .. sedang asyik berjalan .. aku terlanggar dengan seseorang yang tidak asing dari hati aku ... Najid.. "Jidin?? .. kau ke nie Jidin ? .. aku rindu sangat kat kau .. mana kau pergi sebelum nie? puas aku cari kau " kata Najid dengan penuh tanda tanya .. "kau buat apa lagi datang cari aku? dah lah kau sakitkan hati aku ,kau pergi jelah .." aku menghalaunya . "Jidin dengarlah dulu penjelasan aku ,, aku tau aku silap .. aku silap menilai kau .. setelah kau pergi masa aku minta kita putus sahabat tu .. aku nampak kau menangis .. dan aku tidak tahu mengapa aku serba salah dan aku tak boleh melihat air mata kau mengalir.. dan semenjak dari itu aku tak boleh tidur malam .. aku asyik ingat kau je .. kalau kau nak tahu aku putus hubungan aku dengan Amira sebab aku sedar aku mencintai kau cuma aku je yang tidak tahu .. semenjak tu juga aku cari kau .. aku berjumpa dengan kawan baik kau Siti .. tetapi dia kata kau dah bekerja di KL .tu yang aku cari kau disini.. cuma baru kini aku terserempak dengan kau disini.. Jidin maafkan aku ye.." terangnya dengan panjang lebar.. "buat pengetahuan kau Najid ... nama aku bukan Jidin lagi .. aku Jihah ,... dan buat pengetahuan kau sekali lahi.. aku akan berkahwin ,, jangan kau pernah kau muncul lagi depan aku .. aku benci kau"balasku .. lantas aku meninggalkan dia dan berlalu menuju ke butik tersebut.. aku menyorok di tepi dinding disebalik balkoni berhampiran dengan butik sambil melihat dia sedang menangis dan berlalu dengan hampa.. tidak tahu mengapa .. aku tak boleh melihat airmatanya mengalir .. selama aku mengenalinya .. dari sekolah menengah lagi aku tidak pernah melihatnya sesedih itu .. aku masih lagi sayangkan dia.. tetapi rokmal ?..
Tinggal tiga minggu lagi majlis perkahwinan aku dan rokmal akan berlangsung .. tetapi mengapa aku tidak gembira seperti bakal pengantin yang lain ... aku tersepit antara dua orang insan , adakah orang yang mencintai aku atau orang yang selama ini aku cintai ... Siti .. rakan baikku sudah bercerita tentang Najid kepadaku.. dia menceritakan bahawa Najid amat mencintaiku .. hidup Najid seperti hilang arah setelah aku pergi.. dia mencari aku seperti orang gila .. 'arrgghh ! mana satu nie ?' aku bertempik di dalam hati aku.. bila aku melihat kad kursus kahwin aku dengan rokmal .. aku jadi sangsi .. aku harus membahagiakan dia sebelum dia pergi.. tapi kebahagian aku siapa yang nak jaga ?..
"Jidin ! aku sayangkan kau .. jangan kau tinggalkan aku ,, aku perlukan kau Jidin .." Najid menghampiri aku dengan sugul sekali .. "apa kau nak lagi Najid .. lagi beberapa hari je .. aku akan berkahwin " balasku bosan asyik mengulangi ayat yang sama.. " aku nak tahu dari mulut kau .. dan aku janji selepas nie aku takkan ganggu kau .. tolong jawab dengan jujur .. kau cinta dan sayangkan aku tak ?" Najid bertanya .. "kenapa ? perlu ke aku jawab ,, ok .,, kau nak aku jujur kan ? ya .. memang aku cinta dan sayang gila kat kau .. kalau kau nak tahu .. aku mulai suka kan kau masa sekolah menengah lagi tau .. masa tu aku berumur 15 tahun dan kau 17 tahun .. dan sekarang umur aku dah 24 tahun dan 26 tahun .. lama kan aku simpan perasaan aku terhadap kau ? selama nie aku cemburu bila kau asyik dengan perempuan lain .. tapi aku diamkan saja sebab aku sedar aku siapa .. dan kalau kau nak tahu gak .. sampai sekarang perasaan aku kat kau masih ada .. tapi .. rokmal .. dia lelaki yang budiman.. dia pun mengalami nasib yang sama seperti aku .. dia sanggup menunggu aku selama mana aku menunggu kau tahu .. aku tahu dia suka kan aku sejak dari bangku sekolah lagi.. tapi dia diamkan je .. dan sekarang aku harus membahagiakan dia .. dia perlukan aku .. aku merayu sangat pada kau Najid .. stop push aku untuk terima kau .. aku merayu sangat.." terangku dengan rayuan.. "baiklah Jidin.. aku janji aku tidak akan ganggu kau lagi .. tapi aku akan tunggu kau sampai hujung nyawa aku.."balas Najid berlalu pergi .. setelah Najid berlalu pergi tetiba rokmal muncul sambil tersenyum .. 'alamak ! dia dengar ke perbualan aku dengan Najid tadi? mampos lah kalau dia dengar'.. "hai sayang .. lama tunggu ? sorry lah jalan jem tadi .. sebab tu lah lambat.." .. 'huh .. nasib baik dia tak dengar. ' . "bila awak sampai ?" tanyaku cuba menukar topik .. "baru sahaja tadi.. tadi saya nampak ada seorang lelaki berbual dengan awak dan pergi macam tu je .. siapa dia?".. 'alamak dia nampak ke tadi .. apa yang aku nak cakap nie..?' . "owh .. dia tanya saya .. arah jalan .. dia tanya saya terminal bas kat mana .. saya cakap saya tak tahu .. " jawabku dengan selamba.. "owwhh" itu je yang dikeluarkan dari mulutnya ..
Hari yang dinantikan oleh Rokmal sudah tiba wajah rokmal yang bergitu berseri-seri bahagia sedangkan wajahku muram seperti ayam berak kapur.. ramai tetamu yang hadir .. walaupun kenduri buat secara kecil-kecilan tetapi meriah juga.. sebelum upacara akad nikah berlangsung .. rokmal bersama ibunya datang ke bilikku dan bertanya akan sesuatu yang buat aku tidak mengerti .. dan wajah rokmal ketika itu sungguh pucat.. "Jihah.. saya nak awak jawab soalan saya dengan jujur .. awak sayangkan saya tak?"soalan rokmal yang dia ajukan itu tidak dijawab olehku .. aku hanya diam seribu bahasa.. "Jihah.. jawablah soalan saya .. saya nak awak jujur .. saya nak awak jawab ! awak sayang dan cintakan saya tak ?" tanya rokmal sambil menahan esak air mata.. aku meratapi wajahnya.. sungguh! dia memang inginkan jawapanku .. dan tidak terduga .. air mata yang bertangkung di bawah mataku ini tidak dapat bertahan .. akhirnya air mata itu jatuh bercucuran ke pipi .. " saya memang sayangkan awak .. cuma.. cinta itu,,, tak ada .. walaupun saya cuba . tapi.. " sebelum sempat menghabiskan kata-kataku .. Rokmal sudah memotongnya.. " maafkan saya Jidin , jika saya telah membuatkan awak tersiksa ,, memaksa awak untuk menerima saya .. saya memang kejam ,, kejam kerana mendera perasaan awak.. saya sudah buat keputusan .. saya nak awak kahwin dengan Najid .." aku terkejut .. bagaimana dia boleh mengenal Najid .. tiba-tiba .. wajah Najid muncul di tepi pintu bilikku ... aku terdiam tanpa kata .. 'apa semua ini' .. "Najid... Jihah tolong tunaikan permintaan aku ,,.. aku nak korang bersama.. janji dengan aku Najid .. jaga Jihah elok-elok" kata Rokmal dalam keadaan tenat .. sebelum sempat aku membalas kata-katanya .. dia telah pun pergi ke rahmatullah setelah selesai di ajar mengucap oleh ibunya..
"SAYANG !" Najid memanggilku setelah selesai pulang dari bekerja.. " Ya abang .. sayang kat dapur ni" balasku dengan gembira.. " hai anak papa dalam perut ni .. sihat tak ?" Najid bersenda sambil membelai perut boyotku ini .. "apalah hai-hai pulak .. Assalamualaikum lah .. hehe.. baby sihat papa" balasku sambil membuat suara bayi .. " Abang nak mandi dulu ni .. nanti abang turun ye sayang ,," katanya sambil mencuit hidungku lantas berlalu pergi ... tetiba .... " ABANG !!! sakit bang .. baby nak keluar ! " sakit yang aku tidak dapat aku menahannya.. 'serious sakit gilerr' .. aku melihat Najid yang kelam kabut untuk membawa aku ke hospital..
" Taniah puan , anda berjaya melahirkan anak lelaki yang comel ni" kata seorang jururawat yang bertugas.. sungguh ! dia memang comel.. dan hensem .. macam ayahnya juga .. " terima kasih sayang.. abang bersyukur kerana mendapat isteri yang kuat macam sayang" kata Najid sambil mencium dahiku dan terus mencium anak kami .. Rokmal .. terima kasih .. semoga kau bahagia di sana .. aku akan letakkan nama anakku dengan nama kau .. sempena pengorbanan cinta kau terhadapku .. terima kasih.... Muhammad Rokmal Alfan bin Muhammad Najid , 'ya , tu nama penuh anak ku bersama Najid'.. "Abang .. saya sayang sangat kat abang .. " balasku sambil membiarkan air mata ku jatuh .. Najid hanya tersenyum dan mencium dahiku .. ' yeaahh ! happy gila .. ' aku berkata dalam hati...
Langgan:
Catatan (Atom)